MyPerodua : Perodua Car Enthusiasts Forum

NAK JIMAT MINYAK KANCIL 850 MODEL BARU MCM MANA?

Shoutbox!

Last 10 Shouts:

 

myprotwo

August 29, 2013, 10:22 PM
Hi Mick, I replied ur post. do check

mickgod1

August 24, 2013, 04:14 AM
Sorry just to be clear I need these parts for my perodua nippa 1998

mickgod1

August 24, 2013, 04:11 AM
Where can I get fuel injectors and or their seals/o rings ????

mickgod1

August 23, 2013, 07:48 PM
Thank you , I have a problem with mums 1998 nippa, it has 'kangaroo juice ' I have changed the air filter - spark plugs - ht leads - distributor cap - rotor arm- and I've tested them all including the coil and they are fine , there is plenty of fuel,  yet it sounds like its running on 1 or 2 cylind

mickgod1

August 23, 2013, 07:03 PM
Cont. Running on 1 or 2 cylinders, does anyone know what the problem is and how I csn fix it?

mickgod1

August 23, 2013, 06:57 PM
Help I'm trying to fix Mums nippa 1998, it has kangaroo juice , sometimes runs for a few minutes but only when its been let stand for a few days , I have changed the air filter  - rotor arm-distributor - spark plugs-ht leads -  and made sure there is petrol in the tank yet it still sounds like its r

Show 50 latest
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
July 14, 2014, 01:28 AM

Login with username, password and session length

Members
Stats
  • Total Posts: 7437
  • Total Topics: 4662
  • Online Today: 24
  • Online Ever: 328
  • (August 21, 2013, 08:33 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 11
Total: 11

Author Topic: NAK JIMAT MINYAK KANCIL 850 MODEL BARU MCM MANA?  (Read 7491 times)

akule

  • Newbie
  • *
  • Posts: 2
NAK JIMAT MINYAK KANCIL 850 MODEL BARU MCM MANA?
« on: June 11, 2009, 11:22 PM »
Saya baru ambik Kancil 850 2nd hand tahun 2006. Buat masa nie..petrol consumption dlm 13sen/km. Ok ker? Ada kwn cdg tukau plug cable dan plug Bosch 4 (harga dlm RM180 utk cable & plug). Buat masa nie ada guna surbo utk pick up & mmg ok. Nk mintak nasihat dari senior yg mahir & pengalaman. Apatah lagi kalu mekanik... :)

zackry86

  • Newbie
  • *
  • Posts: 5
Re: NAK JIMAT MINYAK KANCIL 850 MODEL BARU MCM MANA?
« Reply #1 on: July 18, 2009, 03:47 AM »
tumpang lalu.. ;D
harap ada hustler yg sudi jwb topic ni...
tp rasa2 kalau nk jimat fc,kena servis keta ikut time la.
myk itam,plug,air filter...sume ni bersangkut-paut ngn fc...pndpt je ni,kalo slh mtk pro btlkn ;)

zackry86

  • Newbie
  • *
  • Posts: 5
Re: NAK JIMAT MINYAK KANCIL 850 MODEL BARU MCM MANA?
« Reply #2 on: July 18, 2009, 03:55 AM »
*sedikit info dari forum sebelah :D
40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race
- kejar.. jgn tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

10. Berkongsi kereta

11. Naik motor (4 lejang)

12. Naik Basikal

13. Naik pengangkutan awam

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-con,

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)

27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan
angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan,berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.

Penggunaan minyak bergantung kepada

weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@fc.ramunia.com,%2318476420/MailBox/_blank/home.howstuffworks.com/smart-window.htm

]http://home.howstuffworks.com/smart-window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector.com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas

40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

myprotwo

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 3855
    • myperodua : perodua car enthusiasts hub
Re: NAK JIMAT MINYAK KANCIL 850 MODEL BARU MCM MANA?
« Reply #3 on: July 21, 2009, 08:04 AM »
paling simple - pastikan tayar angin cukup & tangki minyak tak perlu penuh sentiasa(kurangkan berat)